Latar belakang Nostalgia

Perkataan nostalgia berakar daripada bahasa Yunani gabungan νόστος (nóstos), bermaksud "kepulangan", dan ἄλγος (álgos), iaitu "kesakitan". Istilah ini mula dicetus oleh Johannes Hofer (1669–1752) pada 1688 dalam disertasi Basel beliau yang mengaitkannya idea ini dengan perasaan rindu yang serang dialami askar upahan dari Switzerland terhadap pedalaman bergunung-ganang mereka ketika berkhidmat di kawasan Perancis dan Itali yang lebih rendah. Gejala yang dihidapi dikatakan termasuk pitam, demam panas, rasa tidak mudah hadam, sakit perut serta maut.[7]

Antara tahun 1850-an dan 1870-an, nostalgia ini lama-kelamaan tidak dipandang langsung sebagai suatu penyakit tetapi lebih kepada suatu gejala, yakni lebih kepada suatu jenis melankolia yang boleh membawa kepada perkara yang lebih gawat seperti membunuh diri; dan pemikiran ini hampir lenyap selepas itu.

Rujukan

WikiPedia: Nostalgia http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/bdm.176... http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=nostalgia //doi.org/10.1002%2Fbdm.1767 //doi.org/10.1111%2Fj.1467-8721.2008.00595.x //www.worldcat.org/issn/1099-0771 https://books.google.com/books?id=7BbTJ6qVPMcC https://www.nytimes.com/2013/07/09/science/what-is... https://www.psychologytoday.com/blog/mental-mishap... https://www.theatlantic.com/health/archive/2012/12... https://www.southampton.ac.uk/~crsi/Sedikides%20Wi...